Home Buletin Semasa REMAJA LELAKI 16 TAHUN DITAHAN BANTU SIASATAN KES ROGOL REMAJA PEREMPUAN

REMAJA LELAKI 16 TAHUN DITAHAN BANTU SIASATAN KES ROGOL REMAJA PEREMPUAN

35
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BESUT: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kampung Raja, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum siasatan segera dijalankan.

Menurut beliau, hasil siasatan awal membawa kepada penahanan suspek bagi membantu siasatan.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Besut untuk menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan siasatan serta mengganggu privasi dan sensitiviti mangsa.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko jenayah dan gejala sosial.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here