Home Segmen Kesihatan RAWAT KETIAK GELAP

RAWAT KETIAK GELAP

352
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Meskipun seseorang mempunyai wajah yang cantik, mustahil bagi mereka juga mempunyai ketiak yang cerah.

Walaupun bahagian bawah lengan tidak sering terdedah pada cahaya matahari, namun ia boleh menjadi gelap disebabkan oleh individu itu tidak tahu cara untuk memutihkan ketiak sendiri.

Ia terjadi kemungkinan disebabkan pemilihan deodorant yang salah, kesilapan teknik mencukur bulu ketiak atau keadaan kesihatan yang tertentu.

Persoalannya, apakah cara untuk merawat ketiak gelap?

Umumnya, memang ada cara terutamanya yang tradisional untuk mengembalikan tona kulit yang asal namun ia memerlukan cara yang konsisten.

1.Lemon: Lemon adalah pemutih kulit secara semulajadi yang boleh mencerahkan ketiak sekaligus menghilangkan bau ketiak dengan cara menggosoknya pada ketiak.

2.Timun: Timun juga boleh melembapkan ketiak serta memutihkan bahagian bawah lengan.

3.Kentang: Kentang juga adalah pemutih kulit secara semula jadi yang boleh digunakan ke atas kulit dengan cara mengisar kepada saiz yang kecil. Dalam pada itu, ia mungkin pilihan lebih bijak kerana ia tidak akan mendatangkan masalah lain seperti kulit kering.

4.Kunyit: Kunyit juga berkesan untuk mengembalikan tona warna ketiak dan menyelesaikan masalah pigmentasi hanya dengan serbuk.

Bagaimanapun terdapat juga cara moden yang boleh digunakan untuk mendapatkan warna tona ketiak yang lebih cerah.

1.Ubat: Ubat berbentuk krim, gel, minyak atau losyen dengan tinggi kandungan hidrokuinon boleh mencerahkan tona warna ketiak.

2.Terapi laser:  Terapi laser menggunakan sinar cahaya boleh mencerahkan kembali pigmentasi gelap pada kulit di bawah lengan.

3.Kelupas kulit: Ketiga, Prosedur kelupas kulit dengan bantuan bahan kimia seperti asid hidroksi alfa (AHA) dan asid hidroksi beta (BHA) juga berkesan untuk membuang kulit yang gelap.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here