Home Buletin Semasa WARGA EMAS TINGGAL DI PONDOK KECIL

WARGA EMAS TINGGAL DI PONDOK KECIL

278
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Tular di media sosial seorang lelaki warga emas dipercayai ditinggalkan bersendirian di sebuah pondok kecil, di sekitar hutan, Jalan Kampung Baru, Banggu, di sini, Isnin lalu.

Menurut seorang penduduk kampung yang ditemui, Afifi Azhari, 30, berikutan kejadian tersebut, segelintir penduduk kampung tersebut terkejut dan terasa terpanggil untuk membantu warga emas itu.

“Terdetik dalam hati ingin tolong sebab kita juga mempunyai orang tua, emak saya pun sedang sakit manakala ayah saya sudah tiada jadi saya tidak boleh melihat orang tua diabaikan dan terdetik dalam hati kena tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Kedai Baru, di sini, semalam.

Afifi berkata dia dan seorang rakannya, Daud Mamat, 32, dimaklumkan orang sekeliling berkenaan Mat Roni Daud, 74, dan dengan inisiatif mereka berdua menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah warga emas tersebut.

Katanya, pada hari pertama ditemui, warga emas yang mesra dipanggil Pakdo sempat memintanya membelikan lilin dan ubat nyamuk untuk keselesaan tinggal di pondok kecil itu.

Tambahnya, dia berharap masyarakat di luar sana lebih cakna kepada orang tua kerana mereka adalah harta yang tidak ternilai sekaligus punca rezeki dalam kehidupan.d

Dalam pada itu Pakdo berkata dia bersyukur kerana orang ramai datang menjenguk serta mengambil berat kepadanya serta memberi pelbagai jenis bantuan.

“Alhamdulillah sekarang ini saya makan sangat berselera, sebelum ini tidak mahu makan, saya tinggal dengan anak dulu saya makan mamee sebungkus sehari, kadang-kadang itu, anak bagi nasi saya simpan untuk makan waktu malam sebab risau kelaparan.

“Alhamdulillah orang luar, orang kampung bantu 100 peratus saya sokong orang sini,” katanya.

Sebelum ini, menurut Afifi, dia dan Daud dengan sukarela menghantar Pakdo ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

Malah menurut Afifi, Daud juga pernah membawa Pakdo pulang ke rumah untuk dimandikan.

“Daud pelawa Pakdo balik rumah sebab kasihan, sebab dekat sini kawasan hutan jadi dia bawa balik rumah dan tolong mandikan Pakdo masa tu,”katanya.

Tambahnya, orang kampung juga banyak membantu Pakdo dari segi keperluan Pakdo, membantu membersihkan kawasan sekitar pondok dan banyak lagi.

Sementara itu, IMedikel Pharma Holdings Berhad (IMPHB) mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan sebuah kerusi roda dan beberapa helai pakaian untuk warga emas tersebut.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here