Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Ramai dalam kalangan masyarakat kita memandang enteng dengan masalah perut buncit.
Pernahkah anda terfikir dan tertanya kenapa perut buncit sedangkan sudah menjaga pemakanan dan membuat aktiviti fizikal? Sebenarnya, ada beberapa kemungkinan keadaan itu boleh berlaku kepada anda.
Ada banyak jenis perut buncit dan bukan semuanya adalah angkara kuat makan sahaja.
Untuk pengetahuan anda semua, masalah perut buncit lazimnya disebabkan oleh lemak visceral iaitu sejenis lemak degil yang mengelilingi organ-organ di sekitar perut dan abdomen individu.
Pengumpulan lemak degil di perut dan abdomen ini biasanya dikaitkan dengan tabiat pengambilan makanan tidak seimbang tertentu terutama lemak, gula dan karbohidrat yang berlebihan.
Antara sebab lain perut anda buncit atau boroi adalah:
1. Kehamilan (khusus bagi wanita sahaja)
2. Isu sistem penghadaman dan pencernaan
3. Gas atau angin
4. Hormon tubuh badan
5. Tabiat menghisap rokok & meminum alkohol
6. Kondisi kesihatan lain yang tertentu
Dalam pada itu, ada beberapa jenis penyakit yang turut boleh mengakibatkan masalah ini berlaku selain akan menyebabkan gejala buruk lain. Berikut adalah antara punca perut buncit dan keras:
- Obesiti
- Diabetes
- Gout
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Masalah kelenjar tiroid
- Tumor
- Kanser
- Gangguan makan
- Gangguan tidur
- Masalah pada mental
Bagaimanapun, segera berjumpa doktor untuk tahu apa yang perlu diberi perhatian untuk kesihatan anda.
Imedikel TV






