Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pasti ramai yang tahu kebanyakan individu menyukai makanan atau minuman yang manis.
Sebelum itu, jom kita tahu apa maksud gula. Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang menagndungi katbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian.
Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.
Namun terdapat lapan kesan pengambilan gula berlebihan kepada kesihatan kita.
Berikut antara sebab mengapa mengambil terlalu banyak gula tidak bagus untuk tahap kesihatan:
1. Pertambahan berat badan
2. Risiko penyakit jantung meningkat kesan pengambilan gula berlebihan
3. Risiko menghidap diabetes jenis 2
4. Meningkatkan risiko kanser
5. Risiko kemurungan meningkat
6. Cepat kehabisan tenaga
7. Percepatkan proses penuaan kulit
8. Hati berlemak
Selain risiko yang disenaraikan di atas, kesan pengambilan gula berlebihan boleh dilihat dari aspek lain, seperti:
- Meningkatkan risiko penyakit buah pinggang: Mempunyai paras gula darah tinggi secara konsisten boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah halus dalam buah pinggang
- Kesan negatif kepada kesihatan pergigian: Makanan tinggi gula boleh menyebabkan gigi berlubang
- Meningkatkan risiko menghidap gout: Gout merupakan keradangan yang dicirikan dengan rasa sakit pada sendi. Gula tambahan menaikkan paras asid urik dalam darah – meningkatkan risiko mendapat atau memburukkan gejala gout
- Percepatkan penurunan kognitif: Diet tinggi gula boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah gula dan pemanis yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Justeru, World Health Organisation (WHO) menyarankan pengambilan gula sehari bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah keperluan tenaga harian.
Contohnya bagi individu yang sedentary, keperluan kalori harian adalah 1500 kalori, jadi saranan pengambilan gula adalah tidak melebihi 7.5 sudu gula teh sehari.
Imedikel TV






