Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Perubahan usia warga emas begitu mempengaruhi pemakanan mereka disebabkan pengurangan deria rasa, bau, gigi, pengurangan keupayaan menghadam dan penyerapan makanan.
Oleh itu, orang ramai perlu merancang menu makanan yang khusus untuk ibu bapa (warga emas) agar kesihatan mereka berada pada tahap optimum.
Justeru, penting juga untuk mengenalpasti keperluan khas pemakanan, berdasarkan status kesihatan contohnya kencing manis, darah tinggi atau penyakit-penyakit lain.
Antara yang perlu dirancang adalah dari segi keperluan pemakanan, keadaan kesihatan, dan keupayaan mereka untuk menikmati makanan.
Berikut adalah langkah-langkah:
1.Fahami keperluan pemakanan warga emas
-Fokus kepada makanan tinggi serat, kalsium, protein, zat besi, vitamin D, dan B12.
-Kurangkan pengambilan gula, dan lemak tepu untuk mengelakkan penyakit seperti hipertensi dan diabetes.
-Memastikan mereka minum air secukupnya, walaupun mungkin kurang rasa dahaga.
2. Pertimbangkan keadaan kesihatan
-Sekiranya ada masalah gigi atau mengunyah, sediakan makanan lembut seperti bubur, sup, atau sayur rebus.
-Bagi yang ada penyakit diabetes, mereka perlu mengawal karbohidrat dengan memilih nasi perang, roti gandum penuh, dan kurangkan gula.
-Untuk masalah kolesterol, pilih protein rendah lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit, atau tauhu.
3. Kreativiti dalam penyediaan
-Gunakan rempah semula jadi seperti kunyit, halia dan bawang putih untuk menambah rasa tanpa garam berlebihan.
-Sajikan dalam bahagian kecil tetapi kerap untuk mengelakkan rasa kenyang berlebihan.
Contoh menu harian untuk warga emas
Sarapan
-Bubur oat dengan susu rendah lemak dan hirisan pisang.
-Air suam atau teh tanpa gula.
Makan tengah hari
-Sayur bayam tumis bawang putih.
-Buah-buahan.
Minum petang
-Ubi kayu atau keledek rebus.
-Air barli tanpa gula.
Makan malam
-Sup ayam dengan lobak merah dan kentang.
-Sedikit roti gandum.
-Air kosong atau teh herba.
Dengan perancangan yang sesuai, warga emas boleh menikmati makanan yang menyihatkan sambil memastikan mereka kekal bertenaga.
IMedikel TV






