Home Buletin Semasa TIGA LELAKI DITAHAN DISYAKI TERLIBAT DALAM PENGEDARAN AIR KETUM

TIGA LELAKI DITAHAN DISYAKI TERLIBAT DALAM PENGEDARAN AIR KETUM

171
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: BN 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum yang dikesan dalam Op Taring, di Felda Kemahang 1, Tanah Merah, di sini, pada Khamis.

Tiga lelaki turut ditahan sepasukan anggota BN 8 PGA dalam operasi kira-kira jam 3.30 petang apabila menyerbu kawasan ladang sawit atas maklumat pengedaran air ketum.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat 28 bungkus air ketum ditemui di sekitar kawasan ladang tersebut.

“Tiga lelaki tersebut cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Anggaran nilai rampasan bernilai RM 840,”katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya suspek berumur 27, 37 dan 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Suspek dan barang rampasan di bawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here