Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit dalam Op Taring di SJR Chabang Empat Salam, di sini, pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata sepasukan anggota BN 9 PGA menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki kira-kira jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai kotak barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori tersebut.
“Dua suspek lelaki berumur 44 dan 52 tahun itu ditahan. Anggaran nilai rampasan bernilai RM178,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam,”katanya.
IMedikel TV






