Home Buletin Semasa RAKYAT MALAYSIA PESAN MAKANAN ATAS TALIAN DI INDONESIA

RAKYAT MALAYSIA PESAN MAKANAN ATAS TALIAN DI INDONESIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kematian tragis penunggang penghantar makanan, Affan Kurniawan, baru-baru ini mencetuskan gelombang kemarahan rakyat di Indonesia.

Sebagai tanda solidariti, rakyat Malaysia tidak ketinggalan menzahirkan sokongan dengan membantu komuniti penunggang penghantar makanan atau pemandu ojek di Jakarta.

Inisiatif itu dilakukan menerusi pesanan makanan secara dalam talian, namun hidangan berkenaan bukan untuk diri mereka sendiri, sebaliknya disumbangkan kepada pemandu ojek di sana.

Tindakan itu bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib jiran serumpun, bahkan turut menjadi simbolik kebersamaan rakyat rantau ini ketika berdepan ujian.

Menariknya, gelombang solidariti ini bukan sahaja datang dari Malaysia, malah turut disambut baik rakyat di Singapura dan Thailand yang sama-sama menyalurkan bantuan dengan cara serupa.

Pemandu ojek di Indonesia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sumbangan kecil yang besar maknanya itu.

Terdahulu, media melaporkan Affan, seorang pemandu ojek dalam talian, maut selepas dirempuh kenderaan perisai polis ketika menyertai tunjuk perasaan di Jakarta, sekali gus mencetuskan kebangkitan kemarahan rakyat di republik itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here