Home Politik PUTERI UMNO SEDIA JADI EJEN PERUBAHAN DAN PELINDUNG WARISAN

PUTERI UMNO SEDIA JADI EJEN PERUBAHAN DAN PELINDUNG WARISAN

258
0

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Puteri UMNO sudah bersedia untuk diberi tanggungjawab sebagai ejen perubahan dan pelindung warisan.

Memetik laporan Berita Harian, Exco Pergerakan Puteri UMNO, Reena Awliyatul Imani Reezal Merican berkata, pimpinan parti peringkat pusat perlu memberi kepercayaan kepada anak muda kerana Puteri masih diyakini rakyat.

Katanya, Puteri perlu diberi kerusi pada peringkat pusat dan bukan hanya diberi tanggungjawab di pentas ucapan.

“Jawatankuasa dan ahli Puteri termasuk di peringkat akar umbi di seluruh negara diminta tidak mempersoalkan kebolehan diri sendiri, sebaliknya Puteri adalah aset penting kepada UMNO.

“Tanggungjawab diamanahkan parti, termasuk ketika kempen pada enam Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan Puteri bukan hanya dinilai dengan bilangan, tetapi kekuatan minda, nilai berkerja dan kesetiaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi; Ketua Puteri UMNO negeri, Nur Izati Md Nadzir dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Siti Norain Nasihah Abdul Halim.

Diminta mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya negeri (PRN) Sabah,

Reena Awliyatul Imani berkata beberapa jawatankuasa Puteri peringkat pusat dilantik sebagai EXCO angkat kepada sayap parti di negeri itu.

Katanya, beberapa EXCO Puteri sudah ke Sabah untuk menilai kemajuan, terutama di kerusi yang dijangka ditandingi UMNO.

“EXCO Puteri juga sudah dihantar ke Sabah bagi menjalani latihan, terutama kaedah mendampingi pengundi dalam tempoh berkempen.

“Jentera Puteri daripada Semenanjung akan memberi tumpuan kepada kerusi UMNO selain tidak mengabaikan kerusi agak sukar untuk dimenangi,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here