Home Politik PRN PENGGAL TERAKHIR BAGI AHMAD YAKOB

PRN PENGGAL TERAKHIR BAGI AHMAD YAKOB

191
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

TUMPAT: Calon Perikatan Nasional (PN) – PAS, Datuk Ahmad Yakob menyatakan pencalonannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah penggal terakhir bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, di sini, hari ini.

Beliau berkata PRN ini merupakan penggal ketujuh dan berhasrat untuk memberikan laluan dan peluang kepada muka baru selepas pertandingan itu.

“Dalam parti ini pemimpin seperti berlaku ‘kisaran’ dan tidak sebagaimana kerja kerajaan,”  katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Falahiah, di sini, hari ini.

Ahmad berkata setakat ini, terdapat 51 peratus calon muda yang juga muka baharu sebagai pelapis.

Menurutnya PAS sentiasa memberi maklumat semasa dan terus mendidik pelapis ke arah pimpinan berakhlak.

“Dalam politik, PAS akan memimpin pelapis baru untuk berupaya ke depan dan tidak ada ‘cah keting’.

Katanya, beliau juga akan turut berada di ‘belakang’ parti untuk berjuang bersamanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here