Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
PASIR MAS: Pilihan Raya Negeri (PRN) 15, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong menampilkan Noor Hariri Mohamed Noor, bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Bebas.
Noor Hariri juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas, berkata untuk pembangunan rakyat Tendong khususnya, beliau lebih fokus kepada golongan anak muda.

“Fokus kepada golongan anak muda untuk lebih pusat riadah supaya mereka tidak pergi kepada aktiviti yang mendatang gejala sosial,”katanya ketika ditemui pemberita di Kolej Vokasional, Tendong, di sini, semalam.
Menurut Noor Hariri perkara yang amat merisaukannya adalah masalah gejala sosial.
“Masalah gejala sosial itu yang paling risau lah. Ini disebabkan mereka tidak ada suatu tempat yang boleh mereka berkumpul dan melakukan aktiviti sukan , itu yang kita tengok,” katanya.

Noor Hariri juga bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, berkata banyak permasalahan termasuk infrastruktur, sistem Pendidikan keagamaan dan lain-lain berkaitan yang perlu diselesaikan.
Imedikel TV






