Home Politik BN AKAN PERTAHANKAN ISLAM DI KELANTAN

BN AKAN PERTAHANKAN ISLAM DI KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, mereka akan memperjuangkan Islam di Kelantan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam ucapannya hari ini, berkata pengundi Kelantan tidak mudah terpedaya dengan naratif yang mendakwa kerajaan perpaduan tidak mementingkan Islam.

“Mereka fikir Islam akan terancam dan tergugat sekiranya BN dan Pakatan Harapan ambil alih.

“Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengumumkan, melaksanakan peruntukan berbillion ringgit untuk Tahfiz, untuk sekolah agama rakyat, untuk KAFA.

“InsyaAllah selagi Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri dan saya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah menjadi Timbalan Perdana Menteri juga, kita akan pertahankan Islam di negara kita ini,”katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya Parti-parti Komponen Kerajaan perpaduan, Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen Kota  Bharu, di Dewan UMNO Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, tanpa mengira warna baju, mereka akan bersatu demi memastikan ketiga-tiga DUN di Kota Bharu menang.

“Ada syarat, kita lupakan warna berbeza biru atau merah, tidak ada biru atau merah, merah mesti tolong calon-calon biru, biru mesti tolonng calon-calon merah.

“Rakyat Kelantan mahu melihat, inilah masa yang Allah takdirkan, Tuhan bagi peluang, ini adalah masa untuk kita mengubah untuk teruskan, kita mesti rebut peluang ini untuk rampas negeri Kelantan di bawah kerajaan perpaduan,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here