Home Politik PRK Ayer Kuning: Tok Mat rayu pengundi luar balik tunai tanggungjawab

PRK Ayer Kuning: Tok Mat rayu pengundi luar balik tunai tanggungjawab

438
0

TAPAH: Pengundi muda dan pemilih kali pertama, terutama yang tinggal di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, digesa pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi itu, pada 26 April ini.

Memetik laporan Berita Harian semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peratusan keluar mengundi penting dalam menentukan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir.

Malah, katanya, demografik pengundi muda di DUN Ayer Kuning menyumbang kepada 40 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pengundi yang kali pertama mengundi serta pemilih menetap di luar DUN Ayer Kuning perlu memahami tanggungjawab mereka kepada negara serta sebagai warganegara.

“Saya juga berharap golongan muda menjalankan tanggungjawab masing-masing, jika mahu melihat kesinambungan perkhidmatan ditawarkan BN serta kerajaan yang stabil.

“Kita tidak boleh biarkan peratusan keluar mengundi kurang 50 peratus. Jika boleh, angka berkenaan melebihi 70 peratus,” katanya.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr Mohamad Yusri Bakir dari BN; Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional, dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Mohamad atau mesra disapa ‘Tok Mat’ berkata , peratusan keluar mengundi tinggi bakal mencerminkan sokongan rakyat terhadap kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, selain menggalakkan golongan muda turut serta dalam membentuk masa depan negara.

“Jika golongan muda kita benar-benar mahu melihat kesinambungan dan kerajaan stabil, mereka perlu menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

“Peratusan keluar mengundi ini juga akan mencerminkan kemenangan mana-mana pihak, insya-Allah, Ustaz Yusri mendapat sokongan majoriti daripada rakyat setempat.

“Pengundi berada di luar DUN Ayer Puning dinasihatkan supaya pulang dan menunaikan tanggungjawab anda,” katanya yang juga Menteri Luar. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here