Home Segmen Kesihatan GULA BERLEBIHAN CETUS ‘KEBAKARAN SENYAP’ DALAM BADAN

GULA BERLEBIHAN CETUS ‘KEBAKARAN SENYAP’ DALAM BADAN

351
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pengambilan gula secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan peningkatan berat badan, malah turut mencetuskan keradangan kronik yang boleh merosakkan pelbagai organ penting dalam tubuh tanpa disedari.

Menurut perkongsian daripada Facebook rasmi Public Health Malaysia, keradangan adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap kecederaan atau jangkitan

Namun, jika ia berlaku secara berterusan tanpa sebab yang jelas, ia dikenali sebagai keradangan kronik iaitu satu keadaan yang berbahaya dan sering tidak bergejala.

secara umumnya, ramai menyangka gula hanya menyebabkan kegemukan, tetapi hakikatnya ia mencetuskan ‘kebakaran senyap’ dalam badan, iaitu keradangan dalaman yang perlahan-lahan merosakkan tubuh,” kata kenyataan itu.

Apabila seseorang mengambil gula secara berlebihan, paras insulin dalam badan akan melonjak secara mendadak. Ini menyebabkan pelepasan bahan kimia pro-radang yang boleh menjejaskan fungsi salur darah, jantung, otak, hati, dan usus.

Keradangan kronik ini telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius seperti:

  • Penyakit jantung
  • Masalah hati berlemak
  • Alzheimer
  • Kanser
  • Penyakit autoimun

Yang paling membimbangkan, keradangan ini berlaku tanpa rasa sakit, menjadikannya sukar dikesan sehingga sudah terlambat.

Public Health Malaysia menyeru orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan, tetapi demi menjaga kesihatan dalaman yang lebih menyeluruh.

“Kurangkan gula, kerana tubuh kita berhak hidup tanpa api dalam diam.”

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here