Home Segmen Kesihatan PRAKTIK ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL

PRAKTIK ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL

417
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang kurang cakna apabila batuk dan bersin di tempat awam, ia sekaligus mengundang rasa ketidakselesaan kepada orang di sekeliling.

Mereka yang mempunyai masalah penyakit selsema, influenza dan jangkitan saluran pernafasan adalah faktor utama untuk batuk dan bersih secara tidak sengaja.

Namun, penyebaran penyakit boleh dikawal sekiranya mereka mempraktikkan batuk dan bersin dengan betul khususnya di tempat awam.

Menurut ciapan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.

Ini meningkatkan risiko penularan penyakit kepada orang lain, terutama di kawasan sesak seperti pejabat, sekolah, dan pengangkutan awam.

Langkah mudah ini bukan sahaja melindungi diri tetapi juga orang di sekeliling kita.

Berikut adalah langkah utama etika batuk dan bersin:

1. Tutup mulut dan hidung – Gunakan tisu atau lengan (bukan tangan) untuk menutup mulut dan hidung setiap kali batuk atau bersin. Jika menggunakan tisu, pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah bertutup selepas digunakan.

2. Cuci tangan – Basuh tangan dengan sabun dan air atau gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol selepas batuk, bersin, atau menyentuh muka.

3. Gunakan pelitup muka – Jika anda mengalami gejala seperti batuk dan bersin, pakailah pelitup muka, terutamanya di tempat awam, untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit.

4. Jarakkan diri – Elakkan berada terlalu dekat dengan orang lain apabila mengalami gejala penyakit pernafasan.

Menurut pakar kesihatan awam, Dr. Aisyah Hamid, masyarakat perlu memahami bahawa batuk dan bersin yang tidak dikawal boleh menjadi punca utama penyebaran virus seperti influenza dan COVID-19.

”Etika mudah ini adalah langkah pertama untuk melindungi kesihatan komuniti.

”Kesedaran dan tindakan kecil ini boleh memberikan impak besar terhadap pencegahan penyakit. Jadi, mari bersama-sama mempraktikkan etika batuk dan bersin demi kesejahteraan semua,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here