Home Sukan PANG RON-SU YIN TERUS ‘MENGGILA’, MARA KE FINAL MASTERS CHINA

PANG RON-SU YIN TERUS ‘MENGGILA’, MARA KE FINAL MASTERS CHINA

159
0

KUALA LUMPUR: Beregu campuran muda negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terus mencipta sensasi apabila kali ini mengejutkan pilihan ketiga kejohanan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet untuk mara ke final Masters China.

Namun ia bukan kemenangan mudah apabila pasangan negara itu terpaksa berhempas pulas dalam pertarungan tiga set 21-14, 17-21, 21-19 dalam masa 65 minit.

Di awal permainan jelas menunjukkan Pang Ron- Su Yin mempamerkan penguasaan penuh untuk menang mudah di set pertama tapi di set kedua, Chun Man-Ying Suet kembali mempamerkan kebangkitan untuk menang dan mengheret perlawanan set penentuan.

Di set ketiga, kedua-dua pasangan terus mempamerkan corak permainan yang sangat konsisten dan tidak banyak melakukan kesilapan selain bijak mengambil peluang kesilapan dari pihak lawan untuk mengesahkan kemenangan.

Ini adalah final pertama Pang Ron-Su Yin di pentas Super 750 dan berpeluang untuk mendapatkan kejuaraan sulung dalam karier mereka sejak digandingkan.

Di pentas final esok, pasangan negara yang berada di ranking ke-23 dunia itu akan bertemu pilihan pertama yang juga pemain tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang terlebih dahulu layak selepas menewaskan satu lagi beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei 21-18, 21-13 dalam masa 46 minit. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here