Home Buletin Semasa PGA TAHAN LELAKI BERSAMA 59 BIJI PIL YABA

PGA TAHAN LELAKI BERSAMA 59 BIJI PIL YABA

188
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan bersama puluhan biji pil yaba dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam serbuan di Bandar Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 9.30 malam Isnin.

Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Am (PGA), kegiatan pengedaran dadah itu berjaya ditumpaskan menerusi Op Taring Sky selepas pihaknya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas tidak lama kemudian,” jelas kenyataan itu, pada Selasa.

Hasil pemeriksaan menemui lapan bungkusan plastik mengandungi 59 biji pil yaba atau kuda serta 0.36 gram ketulan kristal disyaki syabu dengan nilai keseluruhan RM924.60.

Suspek turut didapati positif dadah dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here