Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Gerakan AM (PGA), merampas produk kosmetik bernilai RM92,600 yang dikesan di Pengkalan Haram Dot, Pengkalan Kubor, di sini, pada Ahad.
Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam satu kenyataan berkata, rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 PGA kira-kira jam 11.15 pagi apabila ternampak beberapa kotak di kawasan pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik disyaki dari Thailand tanpa dokumen yang sah.
“Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan.
Menurutnya kes disiasat d ibawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
Manakala hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV




