Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam satu operasi di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, di sini. Pada Khamis.
Sepasukan anggota Batalion (BN) 8 turut menahan dua lelaki masing-masing berumur 54 dan 59 tahun dalam Op Taring Wawasan.
Menurut Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid kegiatan itu dikesan dari jam 1 hingga 2 petang apabila menahan dua buah lori berasingan dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 80 pokok bonzai kayu hitam dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.
“Dua suspek yang ditahan dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 2.3 juta termasuk nilai kenderaan,”katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






