Home Sukan MINGGU PERTAMA RASHFORD DI VILLA, APA KATA EMERY

MINGGU PERTAMA RASHFORD DI VILLA, APA KATA EMERY

LONDON: Unai Emery menepis kesukaran dialami Marcus Rashford bersama Ruben Amorim ketika bos Aston Villa itu menegaskan beliau “amat gembira” dengan penyerang baharunya.

Rashford menyertai Villa secara pinjaman dari Manchester United hingga hujung musim ini dan berharap untuk membuat penampilan sulungnya pada pusingan keempat Piala FA Inggeris menentang Tottenham, malam esok.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak beraksi sejak 12 Disember lalu tetapi ditanya bagaimana dia berlatih minggu ini, Emery berkata: “Saya amat gembira dengannya. Perbualan saya dengannya biasa sahaja, seorang pemain dan jurulatih bercakap mengenai bola sepak dan apa yang saya mahukan daripadanya adalah yang terbaik.

“Sebagai seorang individu juga, dia diperkenalkan ke bilik persalinan sebagai seorang lagi pemain untuk membantu kami.

“Potensinya besar untuk dieksploitasi. Saya tidak mahu tahu alasan dia meninggalkan Manchester United.

“Saya amat gembira mengekalkannya di sini cuba untuk membantunya mengembalikan semula prestasi terbaiknya.

“Cabarannya bersama kami menarik dan bagi saya ia besar. Kelab bertindak baik ketika jendela perpindahan.

“Saya gembira dengannya dan akan cuba mendapatkan yang terbaik daripadanya. Dia akan cuba bermain dan berlatih sebagai pemain biasa.”

Kehadiran Rashford dan Marco Asensio bermakna Donyell Malen, yang dibeli dengan harga £20 juta (RM110 juta) dari Borussia Dortmund, diketepikan daripada skuad Villa bagi kempen Liga Juara-Juara.

Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah membenarkan hanya tiga pemain baharu disenaraikan dalam skuad Eropah – dalam kes Villa, Rashford, Asensio dan Axel Disasi. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here