KUALA KRAI: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Sungai Sam, Jalan Kuala Krai – Gua Musang, pada Jumaat.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Razani Mamat, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada jam 4.50 petang.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Axia, Honda City dan lori lima tan.
“Sembilan anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai dan tiga dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Guchil, serta satu jentera Fire Rescue Tender(FRT), terlibat dalam operasi menyelamat.
Menurutnya anggota bomba menggunakan Rescue Power Unit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Perodua Axia.
“Dua mangsa di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai.
“Manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis,”katanya dalam kenyataan.
Mohd Razani berkata, pemandu Honda City dan pemandu lori lima tan tidak mengalami kecederaan.