Home Hiburan PETERPAN KEMBALI GEGAR PENTAS MUZIK

PETERPAN KEMBALI GEGAR PENTAS MUZIK

573
0

KUALA LUMPUR: Band fenomena Indonesia, Peterpan kembali ‘menggegar’ pentas muzik menerusi projek istimewa, Konsert The Journey Continues di Bandung, Indonesia, pada 31 Ogos depan.

Memetik laporan Berita Harian, pengumuman itu mengujakan peminat kumpulan rock alternatif itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Sahabat Peterpan.

Aloka.id selaku penganjur Konsert The Journey Continues berkongsi khabar gembira mengenai perjalanan baharu kumpulan yang ditubuhkan pada awal 2000-an itu Instagram (IG).

“Nama itu (Peterpan) pernah mengisi harimu dan lagu-lagunya tetap abadi di ingatan. Kini, sebuah perjalanan dimulai kembali,” katanya melalui hantaran.

Ramai menjangkakan acara ini bakal menjadi detik nostalgia yang mendalam selepas bertahun-tahun menantikan kemunculan semula Peterpan.

Walaupun tiada maklumat rasmi mengenai susunan acara atau formasi anggota yang bakal tampil, pengumuman awal penganjur Konsert The Journey Continues menjadi topik hangat dalam media sosial.

Peterpan yang popular dengan lagu seperti Topeng, Ada Apa Denganmu dan Menghapus Jejakmu menjadi antara band paling berpengaruh di Indonesia. Band ini menjual lebih sembilan juta unit album pada awal kemunculannya.

Pada 2 Ogos 2012, kumpulan Peterpan menukar nama kepada Noah akibat isu hak cipta ke atas nama Peterpan yang dimiliki dua bekas anggota, Andika dan Indra.

Sejak itu, era Peterpan dianggap berakhir daripada segi nama dan identiti, walaupun sebahagian besar anggota band itu masih meneruskan perjuangan muzik di bawah nama baharu.

Peterpan dibarisi enam anggota asal iaitu Ariel selaku vokalis, Andika (piano), Indra (bes), Lukman (gitar kedua), Reza (dram) dan Uki (gitar). – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here