Home Luar Negara PESAKIT KANSER DIDAKWA MAUT KERANA KESILAPAN ROBOT PEMBEDAHAN

PESAKIT KANSER DIDAKWA MAUT KERANA KESILAPAN ROBOT PEMBEDAHAN

206
0

WASHINGTON: Bagi menuntut keadilan, lelaki di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap firma perubatan selepas mendakwa robot pembedahan menyebabkan kematian isterinya ketika mangsa menjalani prosedur rawatan barah usus, lapor portal New York Post.

Dalam tuntutan itu, lelaki berkenaan menyatakan bahawa robot membakar lubang di usus kecil isterinya.

Suami Sandra Sultzer, Harvey Sultzer, memfailkan aduan terhadap Intuitive Surgical (IS), pada 6 Februari lalu.

Sultzer menyatakan bahawa isterinya mengalami masalah kesihatan akibat pembedahan yang dilakukan oleh robot pembedahan.

Dalam tuntutannya, lelaki itu mendakwa Sandra menjalani pembedahan di Hospital Wilayah Baptist Health Boca Raton pada September 2021, untuk merawat barah usus dengan robot kawalan jauh.

Menurut syarikat itu, peranti itu untuk membolehkan “ketepatan melebihi had tangan manusia” dan “direka bentuk untuk menyediakan pakar bedah dengan ketangkasan semula jadi semasa beroperasi melalui hirisan kecil dan membenarkan prosedur invasif minimum.”

Sandra dilaporkan meninggal dunia pada Februari 2022 akibat kecederaan yang dialaminya selepas menjalani pembedahan itu.

Dalam tuntutan saman, syarikat berkenaan dipercayai tahu bahawa robot itu mempunyai masalah penebat yang boleh memberi kesan terhadap organ dalaman, namun tidak memaklumkan perkara itu terhadap keluarga.

Ia menambah bahawa syarikat itu menerima ribuan laporan mengenai kecederaan dan kecacatan yang dikaitkan dengan robot berkenaan.

Tuntutan itu juga mendakwa bahawa firma itu gagal melatih doktor dengan secukupnya mengenai penggunaan sistem robot itu dan menjual robotnya kepada hospital yang tidak berpengalaman dalam pembedahan robotik.

Sultzer menyaman IS dengan menuntut lebih AS$75,000 (kira-kira RM358,725) kerana kecuaian, liabiliti produk, termasuk kecacatan reka bentuk dan kegagalan memberi amaran, kehilangan konsortium dan ganti rugi punitif

Salah satu robot pembedahan terawal, sistem da Vinci itu diperkenalkan oleh IS pada 1999. Selepas menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) setahun kemudian, peranti itu didakwa mempunyai banyak kelemahan. – AGENSI, HMetro –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here