Home Segmen Kesihatan PESAKIT DIABETES BERISIKO HIDAP PENYAKIT GUSI

PESAKIT DIABETES BERISIKO HIDAP PENYAKIT GUSI

211
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pesakit diabetes bukan sahaja berisiko memberi kesan kepada mata, buah pinggang atau jantung, malah ia turut menjejaskan kesihatan gigi dan mulut.

Tahukah anda❓ Pesakit diabetes berisiko tiga kali ganda menghidap penyakit gusi berbanding orang sihat.

Jom ambil tahu punca dan kesan penyakit gusi ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca yang berkait rapat adalah disebabkan peningkatan paras gula di dalam air liur dapat meningkatkan jumlah bakteria dan menyebabkan keradangan gusi.

Jadi, kesannya boleh menyebabkan nafas berbau, gigi menjadi longgar dan dapat menyebabkan kehilangan gigi, gangguan deria rasa, luka lambat sembuh dan kalenjar air liur gagal berfungsi ( mulut kering).

Menurut portal hellodoktor, terdapat beberapa tip penjagaan harian gigi yang dikongsikan antaranya:

  • Pastikan gula dalam darah anda hampir normal.
  • Sekiranya mulut yang kering, cuba cuci mulut tanpa alkohol.
  • Berus gigi selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan sebelum memberus gigi untuk melindungi mana-mana enamel gigi yang telah dilembutkan dengan asid dalam makanan.
  • Gunakan berus gigi dengan bulu lembut.
  • Flos sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bilas setiap hari dengan ubat kumur antiseptik.
  • Jika anda memakai gigi palsu, keluarkannya dan bersihkannya setiap hari. Jangan tidur bersamanya.
  • Jika anda merokok, bincang dengan doktor tentang cara-cara untuk berhenti merokok.

Secara rumusannya, kawalan penyakit pergigian boleh dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah dan mengawal kebersihan mulut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here