Home Sukan PERTANDINGAN PING-PONG SUKA-SUKA CUNGKIL BAKAT BAHARU

PERTANDINGAN PING-PONG SUKA-SUKA CUNGKIL BAKAT BAHARU

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Aksi bersemangat dipamerkan seramai 12 pemain yang menyertai Pertandingan Ping Pong Suka-Suka Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, Kuantan sekaligus menjadi platform mencungkil bakat baharu.

Pada pertandingan itu, Mansor Abdul Manaf muncul juara selepas menewaskan pencabar-pencabarnya.

Naib juara dimenangi Baharudin Ahmad manakala tempat ketiga dikongsi oleh Asri Manaf serta Azhar Omar.

Pertandingan yang menguji kebolehan setiap pemain antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan atlet sukan ping pong selain untuk mencungkil bakat baharu bagi mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) pada masa akan datang.

Bagi Mansor, bukan hadiah yang menjadi buruan utama sebaliknya lebih kepada mencetuskan semangat kesukanan dan keakraban dalam kalangan kakitangan JPNP yang bertugas di bawah satu bumbung.

Menurutnya, semangat kesukanan dapat dilihat sepanjang pertandingan apabila masing-masing berusaha mempamerkan kebolehan dimiliki sebagai bukti kemampuan serta keupayaan menjulang kejuaraan selepas menewaskan setiap pencabar.

“Hampir setiap tahun pertandingan ping-pong suka-suka diadakan, acara berkenaan menepati saranan kerajaan supaya kakitangan awam bersukan untuk kesihatan sambil beriadah.

“Menerusi pertandingan ini pemain yang berbakat peluang mewakili JPNP ke kejohanan peringkat kebangsaan pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan anjuran peminat ping pong Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau itu akan dijadikan acara tahunan dengan menawarkan hadiah hamper.

Sebelum ini turut diadakan acara bola tampar dan badminton.

Kakitangan JPNP pada setiap peringkat menyertai acara yang diadakan dalam usaha mengeratkan hubungan dikalangan mereka, selepas penat bertugas mereka bersukan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here