Home Hiburan MICHELLE YEOH TITIP UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR SITI HASMAH

MICHELLE YEOH TITIP UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR SITI HASMAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi hantaran di Instagram, Michelle menyifatkan Tun Dr Siti Hasmah sebagai seorang wanita luar biasa yang memiliki keanggunan, kecerdasan dan sifat penyayang yang begitu dekat di hati rakyat.

Michelle turut mengakui hubungan kasih sayang serta ikatan perkongsian hidup yang dikongsi Tun Dr Mahathir dan Allahyarhamah menjadi satu inspirasi kepada ramai.

“Saya amat berdukacita atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah. Kami merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan setulus hati kepada Tun Dr Mahathir dan keluarga,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Pelakon Crazy Rich Asians itu turut menitipkan doa agar Tun Dr Mahathir sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat penuh kesedihan itu.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kelmarin. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here