Home Luar Negara PEROMPAK AMBIL MASA 5 MINIT CURI MANGKUK TANDAS EMAS RM15 JUTA

PEROMPAK AMBIL MASA 5 MINIT CURI MANGKUK TANDAS EMAS RM15 JUTA

190
0

LONDON: Hanya lima minit masa diambil untuk mencuri mangkuk tandas emas bernilai 2.8 juta pound sterling (kira-kira RM15.6 juta) yang ditempatkan di ruang pameran seni dekat sebuah rumah ladang Inggeris, di sini.

Mangkuk tandas bersalut emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya, digelar ‘America’ dicuri lima tahun lalu dari Istana Blenheim di Woodstock, berhampiran Oxford.

Ia salah satu tarikan bintang pameran oleh artis Itali Maurizio Cattelan di rumah megah abad ke-18 yang juga tempat kelahiran perdana menteri Winston Churchill dan rumah kepada Duke Marlborough.

Kenyataan itu dikemukakan di prosiding individu yang didapati mencuri mangkuk tandas itu di sebuah mahkamah di sini, baru-baru ini.

Michael Jones, 39, mengaku tidak bersalah pada Januari lalu atas pertuduhan mencuri karya seni itu dalam kejadian pada 14 September 2019.

Dua defendan lain, Frederick Sines dan Bora Guccuk, masing-masing menafikan satu pertuduhan konspirasi untuk memindahkan harta jenayah.

Defendan keempat, James Sheen, sebelum ini mengaku bersalah atas kesalahan pecah rumah.

Pendakwa raya Julian Christopher memberitahu Mahkamah Oxford Crown di selatan England bahawa rompakan itu hanya mengambil masa lima minit, dengan tukul besi ditinggalkan di tempat kejadian.

“Emas yang diperbuat daripadanya sendiri bernilai dalam lingkungan 2.8 juta Pound Sterling (kira-kira RM15.6 juta) ketika itu… dan diinsuranskan dengan jumlah AS $ 6 juta (kira-kira RM26.5 juta).

“Kerja seni tidak pernah dipulihkan. Emas nampaknya dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dan tidak pernah ditemukan semula,” katanya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here