Home Buletin Semasa KANAK-KANAK 19 BULAN DIPERCAYAI HILANG

KANAK-KANAK 19 BULAN DIPERCAYAI HILANG

211
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki didapati hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini, semalam.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Mohd Asmadi Ariffin, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan.

“Kami menerima panggilan kira-kira jam 8.02 malam tadi berhubung kejadian itu. Seramai tujuh anggota termasuk empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah diarahkan ke lokasi dan didapati benar seorang mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 1 tahun 7 bulan didapati hilang.

“Pencarian dilakukan bersama pihak polis dan orang awam dan kira-kira jam 9.42 malam, pihak kami memohon unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) sudah menghubungi unit PPDA dan K9 pada jam 9.54 malam. Pada jam 11.02 malam, Komander Operasi lapor operasi pencarian ditangguhkan dan akan disambung pagi ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here