Home Luar Negara PEROKOK CUAI, BAYI MELECUR

PEROKOK CUAI, BAYI MELECUR

364
0

BEIJING: Angkara perokok cuai, bayi berusia empat bulan melecur teruk selepas terbakar kesan daripada puntung rokok yang dibuang merata-rata.

-Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro-

Ibu bayi itu, Huang berkata, dia sedang menggendong anak perempuannya ketika berjalan berhampiran bangunan di Zhengzhou, ibu kota wilayah wilayah Henan di tengah China, apabila puntung rokok yang masih bernyala hinggap pada leher bayinya.

Katanya, bayinya serta-merta menangis kesakitan dan melentokkan leher ke bahunya hingga menjadikannya sukar membuang rokok yang masih terbakar.

Bayi berusia empat bulan melecur teruk selepas terbakar kesan daripada puntung rokok. -Sumber foto: SCMP composite/Shutterstock/Douyin/Weibo

“Oleh kerana terlalu panas, anak saya menekan lehernya menyebabkan puntung rokok itu dicengkam kuat di antara leher dan bahunya.

“Saya akhirnya berjaya merenggangkan leher dan bahu anak, namun rokok itu masih berasap,” katanya kepada laman web berita Pear Video.

Huang berkata, anaknya cedera dan memerlukan rawatan hospital kerana bernanah.

Puntung rokok itu diserahkan kepada polis sebelum ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan kepada semua penghuni di bangunan itu. Polis akhirnya berjaya mengesan perokok berkenaan.

Cap jari yang dikesan pada puntung rokok. -Sumber foto: SCMP composite/Shutterstock/Douyin/Weibo

Menurut laporan Pear Video, seorang suspek dikenal pasti selepas polis menemui mancis dengan kesan cap jari pada puntung rokok yang membakar bayi itu.

Seorang peguam dari Firma Guaman Henan Lingying, Zhang Jincan berkata, tertuduh bukan saja akan diarah membayar pampasan bagi kecederaan bayi itu tetapi turut didakwa membaling objek dari aras tinggi. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun. Keperitan dilalui bayi itu mengecewakan ramai netizen kerana kecuaian itu boleh dielakkan jika semua orang bertanggungjawab. – AGENSI, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here