Home Luar Negara 16 MAUT KEMALANGAN LOMBONG ARANG BATU

16 MAUT KEMALANGAN LOMBONG ARANG BATU

162
0

BEIJING: Enam belas orang maut dalam kemalangan lombong arang batu di bandar Panzhou di wilayah Guizhou, selatan China, pada Ahad.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, perkara itu disahkan dalam laporan pemilik lombong, Guizhou Panjiang Refined Coal Co. kepada Bursa Saham Shanghai, hari ini.

Susulan kejadian itu perunding komoditi yang berpangkalan di Shanghai, Mysteel berkata, semua lombong arang batu di bandar Panzhou menggantung pengeluaran selama sehari.

Katanya, kawasan itu mempunyai jumlah kapasiti pengeluaran kira-kira 52.5 juta tan metrik setahun kebanyakannya arang kok, mewakili kira-kira 5 peratus daripada kapasiti pengeluaran arang batu kok China.

“Syarikat itu mengendalikan tujuh lombong arang batu dengan jumlah kapasiti kira-kira 17.3 juta tan.

“Lombong di mana kemalangan itu berlaku mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 3.1 juta tan,” menurut Mysteel.

Syarikat milik kerajaan itu juga yang dikenali sebagai Panjiang Coal, mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua lombongnya dan mengambil langkah memastikan pengeluaran selamat, tambah pemfailan bursa itu.

Pentadbiran keselamatan lombong Guizhou memberitahu Reuters, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai situasi itu.

Sebelum ini, kejadian sama berlaku di lombong arang batu dalam negara termasuk keruntuhan di lombong terbuka di wilayah Mongolia pada Februari sehingga mengorbankan 53 orang.

Pihak berkuasa mengumumkan, langkah untuk meningkatkan keselamatan dalam sektor itu termasuk sekatan ke atas lombong yang lebih kecil dan rancangan mempercepatkan penggunaan automasi bawah tanah. – REUTERS, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here