Home Luar Negara PERANG DENGAN IRAN, ISRAEL RUGI RM11.5 BILION SEMINGGU

PERANG DENGAN IRAN, ISRAEL RUGI RM11.5 BILION SEMINGGU

BAITULMAQDIS: Kerosakan ekonomi Israel akibat perang udara dengan Iran dijangka melebihi 9 bilion shekel (kira-kira RM11.5 bilion) seminggu, kata Kementerian Kewangannya pada Rabu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, difahamkan, di bawah sekatan ‘merah’, Komando Barisan Hadapan Israel yang mengehadkan perjalanan ke tempat kerja, menutup sekolah dan memobilisasi pasukan simpanan, kerugian ekonomi dianggarkan 9.4 bilion shekel (kira-kira RM12.0 bilion) seminggu bermula minggu hadapan.

Kementerian Kewangan meminta Komando Barisan Hadapan beralih ke tahap ‘oren’ iaitu aktiviti terhad yang kurang menyekat tempat kerja berbanding tahap ‘merah’.

Dalam senario tahap ‘oren’, kerugian ekonomi dianggarkan 4.3 bilion shekel (kira-kira RM11.9 bilion) seminggu.

Terdahulu, Israel dan Amerika Syarikat (AS) mula mengebom Iran pada Sabtu lalu, mencetuskan gelombang serangan balas di Israel dan Asia Barat serta mengganggu eksport tenaga dari Teluk.

Pegawai AS dan Israel berkata, kempen itu dijangka berlanjutan selama beberapa minggu.

Susulan itu, sekolah di Israel ditutup sepanjang minggu ini.

Perhimpunan awam turut dilarang, manakala aktiviti tenaga kerja hanya dibenarkan untuk perkhidmatan penting dengan kebanyakan pekerja bekerja dari rumah.

Ekonomi Israel sebelum ini sedikit terjejas akibat perang Gaza dengan Hamas, mencatat pertumbuhan 3.1 peratus pada 2025.

Susulan gencatan senjata pada Oktober, pertumbuhan ekonomi Israel diunjurkan melebihi 5 peratus pada 2026. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here