Home Buletin Semasa HARGA RON97 NAIK 10 SEN, DIESEL SEMENANJUNG RM3.12 SELITER MULAI HARI INI

HARGA RON97 NAIK 10 SEN, DIESEL SEMENANJUNG RM3.12 SELITER MULAI HARI INI

104
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit baharu bagi produk petroleum berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan susulan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi hantaran rasmi di media sosial memaklumkan, harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM3.25 seliter, manakala petrol RON95 tanpa subsidi meningkat 8 sen kepada RM2.67 seliter.

“Bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut dinaikkan 8 sen kepada RM3.12 seliter.

“Bagaimanapun, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUD195 dikekalkan pada RM1.99 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,”menurut kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan perkembangan semasa pasaran minyak dunia.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 serta diesel berdasarkan trend harga global, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here