Home Luar Negara PENGASAS MEGAUPLOAD KALAH RAYUAN TERBAHARU UNTUK KETEPI PERINTAH EKSTRADISI KE AS

PENGASAS MEGAUPLOAD KALAH RAYUAN TERBAHARU UNTUK KETEPI PERINTAH EKSTRADISI KE AS

57
0

Wellington: Usahawan teknologi yang berpangkalan di New Zealand, Kim Dotcom tewas dalam permohonan mahkamah terbarunya pada Rabu untuk mengelakkan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan penipuan dan pengubahan wang haram.

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Rayuan Wellington menolak permohonan Dotcom untuk membatalkan keputusan menteri kehakiman yang menandatangani perintah ekstradisi pada 2024.

AS mahu mengekstradisi pengasas sistem perkongsian fail Megaupload itu untuk “dibicarakan atas tuduhan pelanggaran hak cipta jenayah, pemerasan, dan penipuan melalui dalam talian”, kata Mahkamah Rayuan dalam keputusannya.

“AS mendakwa bahawa Encik Dotcom adalah ahli ‘Mega Conspiracy’, yang didakwa AS memperoleh pendapatan melebihi AS$175 juta (kira-kira RM716 juta) dan mengakibatkan kerugian kepada pemilik hak cipta sekurang-kurangnya AS$500 juta (kira-kira RM2.04 bilion),” katanya.

Dotcom lama menentang perintah ekstradisi itu sambil secara terbuka menggelarkan dirinya sebagai pejuang kebebasan internet dan mendakwa dia dianiaya atas sebab-sebab politik.

Dia sebelum ini merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan kerajaan untuk membenarkan ekstradisinya. Mahkamah itu juga menolak kesnya

Mahkamah Agung New Zealand memutuskan pada 2020 bahawa Dotcom dan defendan bersama, Finn Batato, Mathias Ortmann dan Bram van der Kol layak untuk ekstradisi.

Ortmann dan van der Kol kemudian bertanya kepada pihak berkuasa sama ada mereka boleh didakwa dan menjalani hukuman mereka di New Zealand sebagai pertukaran untuk “bantuan besar” kepada AS untuk pendakwaan mereka terhadap Dotcom, kata mahkamah. Syarat-syarat itu diterima.

Dotcom berkata, dia juga harus dibenarkan menghadapi pertuduhan di New Zealand dan menerima layanan yang serupa dengan Ortmann dan van der Kol.

Dia juga berhujah bahawa kepercayaan New Zealand bahawa dia akan menghadapi hukuman penjara 30 tahun di AS adalah salah.

“Encik Dotcom berhujah bahawa menteri meneruskan (perintah ekstradisi) berdasarkan andaian yang salah dari segi fakta dalam penilaian risikonya terhadap kemungkinan hukuman AS: hukuman yang lebih berkemungkinan, kata Encik Dotcom, adalah lebih hampir kepada 150 tahun,” kata mahkamah.

“Bagaimanapun, mahkamah tidak yakin terdapat sebarang kesilapan, sama ada secara fakta atau perundangan.”

Dotcom boleh merayu keputusan terbaharu itu ke Mahkamah Agung.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here