Home Sukan PEMAIN KOREA BERGADUH SEBELUM DIBENAM JORDAN

PEMAIN KOREA BERGADUH SEBELUM DIBENAM JORDAN

DOHA: Son Heung-min terseliuh jari kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sebelum kekalahan Korea Selatan di peringkat separuh akhir Piala Asia.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Insiden berkenaan berlaku ketika makan malam sebelum pertemuan dengan Jordan, yang menyaksikan Korea Selatan tewas 2-0.

Difahamkan, beberapa pemain muda skuad Korea Selatan tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain pingpong.

Bagaimanapun kapten pasukan, Heung-min tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meninggalkan sesi makan malam yang biasa dimanfaatkan untuk menguatkan semangat berpasukan.

Bintang Paris Saint-Germain, Lee Kang-in, 22, antara pemain muda yang cuba dinasihati Heung-min.

Selepas bertengkar, pergaduhan kecil berlaku yang menyebabkan pemain Tottenham berusia 31 tahun itu terseliuh jari.

Kekalahan kepada Jordan di luar jangkaan kerana Korea Selatan berada 64 anak tangga di atas mereka dan diletakkan sebagai pasukan ketiga terbaik Asia. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here