Home Luar Negara PELAYAN SILAP MASUK BAHAN API DALAM HOTPOT, 11 ORANG MASUK HOSPITAL

PELAYAN SILAP MASUK BAHAN API DALAM HOTPOT, 11 ORANG MASUK HOSPITAL

BEIJING: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro kesilapan seorang pelayan yang tersilap memasukkan bahan api ke dalam kuah sup di sebuah restoran hotpot di Daerah Boxing, Shandong, China, menyebabkan 11 orang dimasukkan ke hospital.

Memetik MS News, pada 22 November lalu, seorang netizen memuat naik video yang mendakwa restoran itu secara tidak sengaja memasukkan bahan api ke dalam sup berkenaan.

Menurut poster asal, pihak restoran pada awalnya menegaskan bahawa tiada apa-apa masalah dengan sup berkenaan.

Pengurus restoran kemudian meminum lima sudu kuah sebelum muntah dan dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial beranggapan bahawa bekas bahan api dan bekas kuah sup mungkin kelihatan sama sehingga menyebabkan kesilapan itu berlaku.

Pada 23 November pula, pasukan penyiasatan bersama Daerah Boxing yang diketuai Suruhanjaya Kesihatan mengeluarkan kemas kini rasmi mengesahkan kejadian itu.

Pihak berkenaan memaklumkan, tindakan kecemasan termasuk siasatan epidemiologi, pensampelan, pemeriksaan dan ujian sudah dilaksanakan dengan segera.

“Siasatan awal mendedahkan bahawa insiden itu berlaku akibat kakitangan secara tersilap memasukkan bahan api ke dalam kuah sup, yang kemudian sudah dimakan oleh pelanggan.

“Secara keseluruhan, 11 orang terjejas dan semuanya dianggap sebagai kes ringan,” katanya.

Susulan itu, restoran terbabit diarahkan menggantung operasi untuk kerja pembetulan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here