Home Sukan PANTAI MIAMI JADI ‘PANTAI BOCA’ MENJELANG PIALA DUNIA KELAB

PANTAI MIAMI JADI ‘PANTAI BOCA’ MENJELANG PIALA DUNIA KELAB

MIAMI, Amerika Syarikat: Lebih 1,000 penyokong Boca Juniors menukar sebahagian kawasan pesisir pantai Miami menjadi “Pantai Boca” semalam, apabila mereka membanjiri Pantai Bark dengan warna biru dan kuning menjelang perlawanan pertama pasukan mereka di Piala Dunia Kelab.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, dengan paluan gendang bergema di sepanjang pasir putih, penyokong memanggang daging, mengibarkan bendera dan menikmati “fernet con coca” – minuman pahit dari Argentina yang dicampur dengan kola – sambil penduduk tempatan Florida yang kebingungan memerhati ketika bersantai pada hujung minggu.

Di bawah panas terik matahari Florida, polis sekadar memerhati dari jauh tanpa campur tangan.

Beberapa dozen lagi penyokong tiba dari pusat bandar Miami untuk turut serta dalam sambutan tepi pantai itu, membawa lebih banyak sepanduk dan semangat Argentina yang tersendiri.

Paparan semangat penyokong yang penuh warna-warni ini memberikan suntikan emosi yang amat diperlukan kepada Piala Dunia Kelab edisi baharu, sekali gus membawakan suasana seperti Piala Dunia sebenar – di tengah-tengah kebimbangan peminat mungkin memboikot format baharu itu.

Namun kira-kira 61,000 penyokong memenuhi Stadium Hard Rock bagi perlawanan pembukaan pagi semalam yang menyaksikan pasukan Lionel Messi, Inter Miami, menentang gergasi Afrika, Al-Ahly.

Lebih 80,000 penonton pula membanjiri Stadium Rose Bowl untuk menyaksikan kemenangan bergaya 4-0 Paris Saint-Germain ke atas Atletico Madrid awal pagi tadi.

“Ke mana saja anda pergi, Boca tetap ada,” kata Gaston San Paul, seorang penyokong Boca yang terbang dari Entre Rios, Argentina.

“Di mana sahaja kami berada, inilah yang kami lakukan,” katanya merujuk kepada ‘Banderazo’, satu tradisi penyokong yang menandakan ‘penjajahan kawasan’ menjelang perlawanan.

Boca Juniors akan menentang kelab Portugal, Benfica pagi esok di Stadium Hard Rock pada perlawanan pertama mereka dalam kejohanan 32 pasukan itu. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here