Home Luar Negara PANDA GERGASI, CHENG GONG SUDAH TIADA

PANDA GERGASI, CHENG GONG SUDAH TIADA

Chengdu, CHINA: Memetik laporan Xinhua menerusi Sinar Harian, menurut kenyataan pusat konservasi yang berpangkalan di wilayah Sichuan, barat daya China itu, Cheng Gong ditemui mati pada ahad dalam keadaan berbaring mengiring ke kiri dalam postur yang santai.

Menurut kenyataan itu, tiada keadaan abnormal ditemui dalam kandangnya.

Cheng gong atau ‘kejayaan’ dalam bahasa inggeris dilahirkan pada 11 september 2000.

Panda betina itu melahirkan sembilan anak termasuk pasangan kembar He Hua dan Ge Ye yang menjadi kesayangan kakitangan dan pengunjung pusat konservasi tersebut. -Xinhua, Sinar Harian Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here