Home Luar Negara ARTIFAK LEBIH 1,600 TAHUN ANTARA 1,000 BARANG ANTIK DIRAMPAS

ARTIFAK LEBIH 1,600 TAHUN ANTARA 1,000 BARANG ANTIK DIRAMPAS

147
0

Bangkok, THAILAND: Pesuruhjaya CIB, Leftenan Jeneral Polis, Jirabhop Phuridet, berkata tiga pemburu harta karun itu mengunjungi tapak arkeologi di beberapa wilayah utara dan Ratchaburi untuk mencari artifak yang tertimbus.

Memetik laporan Thai PBS World, barangan yang ditawarkan untuk dijual dalam talian kebanyakannya diambil sekumpulan pembeli antik untuk dijual semula kepada pengumpul.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Seni Halus, Phanombut Chantarachot, berkata pegawai mendapati banyak artifak berkenaan ditawarkan di media sosial.

Beliau berkata, artifak itu mempunyai nilai sejarah, tetapi ia ditawarkan untuk dijual secara dalam talian pada harga rendah dengan memberi contoh kes patung gangsa, berbentuk seperti lembu, dianggarkan berusia kira-kira 1,600 tahun.

Barangan yang dirampas termasuk tembikar purba, syiling, meterai dan barang hiasan, menggambarkan laluan perdagangan purba dari selatan China melalui Asia Tenggara dan India.

Barangan antik dirampas dipaparkan kepada media pada sidang media di ibu pejabat CIB semalam. -BH Online, Thai PBS World-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here