Home Sukan NURULLOEV GANTI HIDALGO

NURULLOEV GANTI HIDALGO

ALOR SETAR: Pemain sayap dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev menjadi pemain import pertama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Memetik laporan menerusi berita harian,Kehadiran bekas pemain Nasaf FC berusia 26 tahun itu diyakini mampu memperkuatkan posisi sayap Sang Kenari yang sebelum ini bergantung kepada Manuel Hidalgo sepanjang musim lalu.

“Selamat datang buat Sukhrob Nurulloev ke bumi Jelapang Padi. Pemain berasal dari Quraqol, Uzbekistan ini diikat selama setahun bagi mengisi bahagian serangan sayap pasukan KDA FC musim ini.

“Beliau mampu beraksi sama ada sayap kanan dan kiri, dan ini memberi sedikit kelebihan dalam percaturan taktikal perlawanan yang akan dilakukan oleh ketua jurulatih Nafuzi Zain.

“Beliau pernah beraksi bersama skuad muda bawah 20 dan 23 tahun Uzbekistan, dan kelab asalnya sebelum ini adalah Nasaf FC,” menurut kenyataan KDA FC.

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here