Home Buletin Semasa NRES RANCANG RUNDINGAN PERJANJIAN GLOBAL KURANG PENCEMARAN PLASTIK

NRES RANCANG RUNDINGAN PERJANJIAN GLOBAL KURANG PENCEMARAN PLASTIK

212
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) masih belum mengetahui hasil rundingan mengenai perjanjian global bagi mengurangkan pencemaran plastik yang berlangsung di Ottawa, Kanada April lalu.

Menterinya , Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata isu pencemaran plastik bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

“Saya pun belum dapat laporan terkini, tetapi dia memang ada satu lagi round yang saya maklum dan sepatutnya berlangsung di Korea pada hujung tahun.

“Tetapi dia akan bergantung kepada progress semasa rundingan ini lah. Jadi yang kita tekankan ialah tentang kita tahu tentang kesan pencemaran plastik. Kita tidak nafikan kita pun ada pelan pelestarian plastik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Gelanggang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata mereka sudah ada perancangan dan hala tuju untuk mengatasi penggunaan plastik sekali guna dan pencemaran plastik.

“Kita akan adakan pertemuan dengan pihak industri dan juga pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain termasuk NGO antarabangsa dan tempatan yang cawangannya di Malaysia.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here