KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Nora Danish mengaku ‘memaksa’ anak-anaknya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebaik dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah kebaikan.
Nora berkata, dia bersyukur apabila mereka menyambut baik perubahan demi perubahan yang dilakukannya untuk bekalan di akhirat.
“Alhamdulillah anak-anak sekarang ‘dipaksa’ untuk sama-sama istiqamah dengan saya.
“Macam Ney Ney (Mohamed Neqayl Nedim) memang suka membaca al-Quran dan menjaga solat, manakala Rayqal pula dia tinggal di asrama. Jadi, saya selalu menghubunginya.
“Alhamdulillah penerimaan anak-anak semua okey. Mereka menerima keputusan saya untuk bertudung dan sibukkan diri ke majlis ilmu,” katanya kepada Harian Metro.
Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, namun mereka dan bercerai pada 2008.
Pada 2017, Nora bertemu jodoh kali kedua dengan lelaki pilihannya, Nedim Nazri namun bercerai pada Jun tahun lalu. Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan anak, Mohamed Neqayl.
Ditanya mengenai cabaran untuk kekal istiqamah, Nora berkata, dia memohon doa daripada orang ramai agar diberikan keimanan yang tinggi.
“Saya pun baru lagi berhijrah dan tak sampai setahun lagi. Jadi, saya mohon doa agar diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah.
“Saya juga cuba mencuri masa untuk menghadiri majlis ilmu supaya Allah dapat melindungi saya daripada sebarang godaan dan nafsu,” katanya. – HMetro Online –
IMedikel TV






