Home Sukan JDT BERPESTA GOL LAGI

JDT BERPESTA GOL LAGI

182
0

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol bagi melakar kemenangan ketujuh berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Perak 5-0 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Esteban Solari itu tidak menunggu lama untuk mendahului permainan selepas tonggak pertahanan Perak, Hasnul Zaim Zafri menjaringkan gol sendiri pada minit kelima.

JDT terus mendominasi permainan apabila menambah dua lagi jaringan sebelum waktu rehat masing-masing menerusi Leandro Valzquez yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25 dan Diogo Luis Santos minit ke-45.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi (tiga, kanan) melepaskan rembatan ke gawang gol lawan ketika bertemu pasukan Perak FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak malam ini. – Foto BERNAMA

Bersambung babak kedua, JDT semakin garang apabila penyerang dari Brazil, Bergson da Silva meledak gol keempat pasukan itu pada minit ke-66 sebelum Velazquez merakam gol kedua peribadi dalam perlawanan berkenaan menerusi jaringan pada lewat permainan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT semakin mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga apabila mengumpul 21 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Perak pula yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim sekadar di tangga ke-10 dengan hanya mengutip lima mata.

JDT seterusnya akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini manakala Perak berkunjung ke ibu kota bagi pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC pada Isnin.

Sumber: Berita Harian Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here