Home Buletin Semasa NAK BERNIAGA KENA ADA ILMU

NAK BERNIAGA KENA ADA ILMU

MACHANG: Ada yang menceburi bidang perniagaan tanpa mengkaji selok belok ilmu tentang perniagaan sehingga ada yang tumbang di tengah jalan.

Dengan itu, sebaiknya mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan perlu menimba ilmu pengetahuan dan tidak melepaskan mana-mana peluang yang ada di depan mata.

Mereka perlu mengetahui langkah awal perniagaan dan digalakkan berguru dengan mentor yang tepat dan arif bagi mengajar selok belok dunia perniagaan.

Rektor UITM, Profesor Dr Abdul Samad Nawi berkata dengan berbekalkan minat yang tinggi, pelajar akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan menerusi Forum Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024.

Rektor UITM, Profesor Dr Abdul Samad Nawi berkata mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan perlu menimba ilmu pengetahuan.

“Tujuan kita mengadakan forum ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan, asas-asas keusahawanan itu kita ajar di peringkat universiti samaada diploma atau ijazah tapi pada peringkat merialisasi itu biasanya agak sukar untuk kita laksanakan.

“Kalau kita tak ada ilmu produk bagaimana kita nak pasarkan, kedua ilmu tentang produk dan yang ketiga adalah kita kena guna produk itu baru kita boleh cerita bahawa produk itu adalah produk yang bermanfaat bukan sahaja pada diri kita bahkan juga kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Forum Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024, di Dewan Profesional UITM cawangan Kelantan, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Wealthlife International Plt, Azman A. Aziz berkata pihaknya akan memilih 10 orang pelajar yang mempunyai kesungguhan untuk menguasai ilmu asas perniagaan menerusi program perantis yang bakal bermula pada awal bulan mei.

Pengarah Urusan Wealthlife International Plt, Azman A. Aziz berkata pihaknya akan memilih 10 orang pelajar yang mempunyai kesungguhan untuk menguasai ilmu asas perniagaan.

“Perantis ini kita buat satu pertandingan daripada situ kita boleh nampak pelajar yang berani ada kesungguhan dan kita akan pilih lebih kurang dalam 10 orang. Kita target dalam masa setahun dia akan belajar, kuasai ilmu asas bisnes. Daripada sini la kita akan anugerahkan geran untuk dia buat produk sendiri.

“Penghalang utama adalah takut. Walau kita bijak, tahu macam manapun pun tapi kalau kita ada perasaan takut dalam diri, kita tidak akan bermula.” katanya.

Hadir sama Pengasas dan Pemilik Jenama Shalicious & Laurel B, Wan Siti Aisya Wan Hassan dan Presiden IMedikel Pharma Holding Berhad Yusmat Mamat selaku panel pada malam tersebut.

Kiri – Pemilik Jenama Shalicious & Laurel B, Wan Siti Aisya Wan Hassan, tengah – Presiden IMedikel Pharma Holding Berhad Yusmat Mamat, dan kanan – Pengarah Urusan Wealthlife International Plt, Azman A. Aziz.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here