Home Sukan LEICESTER KEMBALI KE LIGA PERDANA

LEICESTER KEMBALI KE LIGA PERDANA

LONDON: Leicester City kembali melonjak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas pencabar mereka Leeds United tumbang mengejut 4-0 di tangan Queens Park Rangers (QPR).

Keputusan itu membolehkan Leicester mengungguli Liga Kejuaraan dengan 94 mata ketika berbaki dua perlawanan manakala Leeds kekal di tangga kedua dengan 90 mata tetapi hanya berbaki satu perlawanan.

Pasukan tangga ketiga Ipswich Town boleh mengatasi Leeds bagi kenaikan automatik ketika mereka kini mengumpul 89 mata dengan masih berbaki tiga perlawanan.

Foxes kendalian Enzo Maresca kembali naik ke divisyen utama selepas tersingkir daripada EPL musim lalu susulan penamat tiga tercorot.

Dua perlawanan terakhir mereka bermula dengan kunjungan ke Preston Isnin ini, sebelum melengkapkan musim dengan perlawanan di laman sendiri menentang Blackburn pada 4 Mei.

Leeds akan terkeluar daripada dua tangga teratas jika Ipswich menundukkan Hull malam ini, atau Coventry memenangi perlawanan mereka Selasa ini.

Sekiranya Ipswich menang kedua-duanya, mereka akan naik liga manakala Leeds perlu bersaing dalam play-off.

Awal pagi tadi, jaringan menerusi Ilias Chair, Lucas Andersen, Lyndon Dykes dan Sam Field membantu kemenangan besar QPR sekali gus menjamin kedudukan mereka dalam liga divisyen dua England itu. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here