Home Sukan NADAL TARIK DIRI TERBUKA AUSTRALIA

NADAL TARIK DIRI TERBUKA AUSTRALIA

SYDNEY: Rafael Nadal mengesahkan penarikan diri daripada menyertai Terbuka Australia bagi mendapatkan rawatan kecederaan pinggul kiri yang dialaminya.

Memetik laporan REUTERS menerusi harian metro Juara Grand Slam 22 kali itu mengalami kecederaan pinggul di bahagian yang sama yang dialaminya ketika di Melbourne tahun lalu dan diketepikan sepanjang musim berikutan perlu pembedahan.

Dia kembali bermain tenis buat kali pertama selepas berehat hampir setahun minggu ini di Brisbane Antarabangsa dan berkata selepas tewas pusingan suku akhir kepada pemain Australia, Jordan Thompson dia mengatakan berasa tidak selesa di pinggul yang sama.

Nadal kemudiannya mengumumkan di media sosial bahawa doktor di Melbourne mengarahkan dia melakukan MRI dan mendapati dia mengalami “otot terkoyak tapi bukan di bahagian yang sama di mana saya mengalami kecederaan dan itu berita baik.”

Pemain berusia 37 tahun itu berkata dia “tidak bersedia untuk bersaing pada tahap maksimum” yang diperlukan dalam kejohanan utama.

“Saya akan terbang kembali ke Sepanyol untuk berjumpa doktor, mendapatkan rawatan dan berehat,” katanya.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun untuk kemunculan semula ini dan seperti yang saya selalu nyatakan matlamat saya adalah untuk berada pada tahap terbaik saya dalam masa 3 bulan.

“Saya benar-benar mahu bermain di sini di Australia dan saya mempunyai peluang untuk bermain beberapa perlawanan yang membuatkan saya sangat gembira dan positif.

“Terima kasih semua atas sokongan dan jumpa lagi!”– REUTERS-HMETRO –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here