Home Buletin Semasa MOF KOMITED PANTAU PELAKSANAAN BUDI95 – MENTERI KEWANGAN II

MOF KOMITED PANTAU PELAKSANAAN BUDI95 – MENTERI KEWANGAN II

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) akan terus komited memantau pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi memastikan rakyat menikmati manfaat subsidi dengan mudah dan lancar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan berkata demikian ketika turun padang meninjau perkembangan pelaksanaan BUDI95 di Stesen Petronas Sri Hartamas, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Dalam sesi berkenaan, beliau turut berinteraksi dengan pengguna dan pengusaha stesen minyak untuk mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pelaksanaan program ini.

“Sehingga jam 6 petang semalam, hampir 3 juta pengguna sudah memanfaatkan program tersebut dengan jumlah jualan mencecah hampir RM91 juta dalam tempoh empat hari sejak dilaksanakan pada 27 September lalu,”katanya dalam kenyataan.

BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September dan mula memberi manfaat kepada 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif, dengan subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter dan kelayakan individu sehingga 300 liter sebulan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here