Home Sukan MCIIROY DAPAT RM42 JUTA TANPA PERLU KELUAR PELUH

MCIIROY DAPAT RM42 JUTA TANPA PERLU KELUAR PELUH

235
0

LONDON: Rory McIlroy menambah pendapatannya dengan cek lumayan tanpa perlu memukul bola.

McIlroy belum beraksi sejak menamatkan kejohanan di tempat ketujuh Kejohanan Terbuka ke-153 di Royal Portrush bulan lalu.

Pemain nombor dua dunia itu dijadualkan akan bermain kembali lewat bulan ini apabila menyertai Kejohanan Jelajah di East Lake Golf Club, Atlanta.

Walaupun berehat lama dari padang golf, pemain dari Holywood itu menambah pendapatannya sebanyak AS$10 juta (RM42 juta).

McIlroy memperoleh cek tersebut selepas meraih tempat kedua dalam senarai mata Piala FedEx apabila wang bonus dibayar berdasarkan kedudukan pada musim biasa berakhir selepas Kejohanan Wyndham, kelmarin.

Scottie Scheffler mendahului dengan 4,806 mata dan menerima AS$18 juta (RM76 juta) selepas menduduki tempat pertama.

McIlroy kini akan berehat daripada acara playoff FedEx Cup pembukaan minggu ini di Jelajah PGA dan satu-satunya pemain dalam 70 teratas yang tidak akan hadir di TPC Southwind.

Ini kali keempat tahun ini dia terlepas salah satu acara utama jelajah tersebut setelah tidak menyertai The Sentry, RBC Heritage dan Jack Nicklaus’ Memorial Tournament.

McIlroy bermain dalam hanya 14 kejohanan musim ini, memenangi AT&T Pebble Beach Pro-Am dan Players Championship, dua acara utama, sebelum meraih kemenangan di Masters dan mengumpulkan lebih AS$16 juta (RM67 juta) dalam pendapatan di Jelajah PGA setakat tahun ini. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here