Home Buletin Semasa GURU MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL MURID LELAKI 11 TAHUN

GURU MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL MURID LELAKI 11 TAHUN

399
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun enam bulan pada Mac dan Mei tahun lalu.

Tertuduh Syahril Faiza Zakaria, 51, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa dalam sebuah kereta di Jalan Hamzah semasa perjalanan menuju KB Mall dengan maksud seksual pada jam 2 petang, Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan maksud seksual terhadap mangsa sama dalam tandas tempat peranginan di Pantai Cahaya Bulan, pada Mei tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dibaca bersama Seksyen 16 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Saifullah Che Mat.

Terdahulu, Ahmad Faiz tidak menawarkan jaminan dengan mengambil kira kes itu serius.

Manakala, Mohd Saifullah memohon mahkamah membenarkan jaminan memandangkan anak guamnya perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

“Dia juga menghidap penyakit jantung dan perlu menjalani rawatan susulan selain pernah dimasukkan di wad hospital.

“Dia juga akur janji untuk tidak menganggu mangsa, pengadu atau saksi, malah sekiranya diberi jaminan, kepentingan awam tetap terjaga,” katanya.

Jelasnya, tertuduh juga pernah mengajar di sekolah mangsa namun sekarang sudah ditukarkan ke pejabat pendidikan daerah.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 untuk kesemua pertuduhan dan melarang tertuduh mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here