Home Buletin Semasa MBPN FOKUS ATASI ISU PEKERJAAN DAN KEMISKINAN BELIA DI NEGERI KELANTAN –...

MBPN FOKUS ATASI ISU PEKERJAAN DAN KEMISKINAN BELIA DI NEGERI KELANTAN – JASRI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Kelantan bagi penggal ke-35 sesi 2025/2026 hari ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan belia.

Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim, berkata setakat ini lebih 13,000 belia di negeri ini direkodkan sebagai golongan miskin.

“Antara fokus utama kita ialah bagaimana untuk mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

“Kita sedar ada belia bekerja tetapi pendapatan rendah, ada yang berkerja tidak tetap dan ada juga yang menganggur,” katanya pada sidang media selepas majlis tersebut di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat lima usul utama dibentangkan pada persidangan kali ini, dengan kebanyakannya menjurus kepada aspek latihan kemahiran (upskilling dan reskilling) berasaskan teknologi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membolehkan belia mendapat pekerjaan lebih baik dan pendapatan yang lebih tinggi.

“Mungkin dengan anjakan teknologi, latihan peningkatan kemahiran ‘upskilling’ dan latihan kemahiran semula ‘reskilling’ boleh membantu belia di negeri Kelantan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan yang tinggi,”katanya,

Bukan itu sahaja beliau berkata pihaknya memberi perhatian terhadap empat bidang utama lain iaitu perumahan, kebajikan, peningkatan pendapatan dan pendidikan.

“Selain TVET, program berbentuk keusahawanan dan aktiviti peningkatan ekonomi juga akan dilaksanakan bagi membantu belia keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here